CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Pengalaman Praktikal

Hari : Khamis
Tarikh : 26 Julai 2012
Masa : 12.32 p.m

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie nak cerita pengalaman kt tmpt praktikal, walaupun kali kedua wt praktikal, tpi kali nie paling mencabar. Almaklumlah, makin tinggi belajar makin bnyk la dibuli. Hehhe. Tpi seronok sbb belajar satu benda yang baru. Pengalaman praktikal kali nie buat tender, operation manual dan slide presentation. Slide presentation tue mcm dh bese je wt masa kt u dulu kan. Ha, yang nie lain skit, kene wt slide presentation FIRE ALARM. Ha! Mcm ne rupenya kan? Mcm tue la. Hehhee. Nak upload gmbr tk leh, sbb kt office kan.


Pengalaman wt tender. Huh! susah jugak wt tender nie, juling2 mata nak kene semak satu persatu butir2 diri kertas tersebut. Dh tue plak nak kene photostat semua yang de nilai2 wang! (nampak mcm mata duitan kan? But kene wt sbb utk rujukan pihak company kite pada masa akan datang.)

Hari nie je 3 tender kene anta, tk duduk la saya dri pagi. Mau pengsan2 dibuatnya. ^_^

Operation manual plak, dh siap dua minggu lepas. Nasib la benda tue tk de due date, tapi kene anta awal la. Sbb utk rujukan orang yang menyelenggara tmpt yang kte pasang fire alarm tue. Kalau diowng tk de rujukan kang, main rembat je kalau de kerosakan. Dah satu hal plak ktowng punya company nak kene turun site tgkkan.

Ok!setakat nie je.

Selamat menjalani latihan industri kepada semua rakan2 yang sedang berpraktikal.
Selamat berpuasa! ^_^

Sekian.
Terima kasih.
See, You Next Entry....

Thursday, June 28, 2012

Antara Persahabatan dan Cinta

Tarikh: 28 June 2012
Hari: Khamis
Masa: 21:15 pm


Assalamualaikum w.b.t

Persahabatan sering kali menjadi permusuhan apabila cinta dipertaruhkan.

Persahabatan yang indah akan hancur bila hadirnya keinginan yang lebih untuk hidup bersama yang akhirnya menjadi perebutan.

Apakah pilihan anda:
1. Persahabatan
2. Cinta




Jika anda mencintai sahabat anda, pikirkan ia sejenak. Jgn membuat keputusan terburu-buru kerana ia akan memakan diri anda sendiri serta memakan persahabatan yang anda telah jalinkan sekian lamanya.


#Pilihan ditangan anda.


Sekian...
Terima Kasih...
See You Next Entry...

Friday, March 9, 2012

Aman Kampus UTHM

Tarikh:09 March 2012
Hari:Jumaat
Masa:19:45 pm

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lebih 3 bulan tidak menaip, akhirnya hari nie terdetik utk menaip kembali..
Ini kerana kesesakan masa yang menyebabkan saya tidak menaip...
Harap maaf semua...

Ok berbalik pada Tajuk, sekarang di UTHM sedang hangat dengan program Aman Kampus UTHM yang akan diadakan bermula esok (10.03.2012)..
Program yang akan dijalankan esok adalah T.O.T (training of trainee) yang akan dihadiri oleh semua pelajar yang akan terlibat dengan program yang akan dijalankan pada hari ahadnya iaitu Masyarakat dan Mahasiswa...

Kepada semua rakan2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini, Selamat Maju Jaya kepada Anda semua...
Semoga program ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya...
Untuk seterusnya saya akan update dari semasa ke semasa untuk anda semua...


p/s:Kepada mahasiswa/mahasiswi yang berminat marilah join program Aman Kampu UTHM ini..Selain program hari ahad nie kite de banyak lagi program Aman Kampus yang akan diadakan...

Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry...

Sunday, December 25, 2011

Ragam Mahasiswa

Tarikh:26 December 2011
Hari:Isnin
Masa:14:58 pm

Assalamualaikum w.b.t

Penaku bergerak laju setelah melihat bermacam2 kejadian berlaku semenjak dua menjak nie...

Wahai sahabat..lupakan lah perjuangan anda, tuntut lah ilmu jika anda mahukan segalanya adil..
Kerana apabila anda telah berjaya anda akan menjadi pemimpin dan dikala itulah anda bersuara...
Sahabat, ILMU itu sangat penting utk masa depan kita bukannye apa yang anda perjuangkan hari nie..
Tidak kah anda memikirkan masa depan anda bagaimana jika anda telah merosakkannya pada hari ini...

Apakah erti kebebasan yang anda mahukan lagi, tidak bebaskah anda pada saat ini menuntut ilmu di IPT masing2??
Persoalannya???Anda bersuara lantang dan sebagainya, bagaimana pula dengan akademik anda??
TIdak malukah anda sebagai pemimpin menunjukkan akademik yang rendah anda kepada rakyat???
Apakah yang anda mahu tunjukkan sebenarnya???

PIKIRKAN...

Apakah yang akan terjadi dalam sesebuah kekeluargaan sekiranya Ibubapa terlalu memberi KEBEBASAN kepada anak2??
Kerosakan aqidah sudah semestinya...Jangan kata jika pandai menilai buruk baik anak2 tersebut akan menjadi baik!anda tipu pada diri sendiri dan masyarakat sebenarnya...
Lihat lah dunia kini apa yang terjadi disebabkan kebebasan yang anak2 mahukan daripada Ibubapa...

Sungguh mudah kan utk kita berpikir??
Makan adaptasikan lah apa yang anda perjuangkan kini dalam dunia pendidikan tersebut..
Pikirlah sedalamnye sebelum anda melakukan sesuatu yang akan menjejaskan masa depan anda...

Sahabat2 ku dengarlah rayuanku!!
Pelajaran itu lebih bermakna dari segalanya..
Janganlah kita membiarkan titisan airmata IBUBAPA kita atas sebab perbuatan kita, tetapi biarkanlah airmata IBUBAPA itu mengalir atas sebab kejayaan kita!

Friday, December 9, 2011

Beware Gadis2 and Wanita2 Diluar Sana

Hari:Jumaat
Tarikh:9 December 2011
Masa: 18:53 pm


Assalamualaikum w.b.t


HARUS BACA !

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam


P/s:Mohon shareye rakan2...sebar2kan...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...

Sunday, October 23, 2011

Cinta Allah Yang Pasti

Hari:Isnin
Tarikh:24 Oktober 2011
Masa:12:18 pm

Assalamualaikum w.b.t


Mulut sentiasa berbicara tentang CINTAKAN ILAHI, namun hati sibuk mencari CINTA PUJAAN HATI.

Suara lantang menegakkan KEBENARAN, namun jiwa ingin merasai NIKMAT percintaan yang tidak ditabalkan.
MUNAJAT mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak BERMUJAHADAH.

Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita.

Kita janji dalam SOLAT yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar CINTA si dia.

Kita impikan SYURGA namun jalan ke NERAKA yang memenuhi langkah kita.

Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya???
Kerana dia, kita pinggirkan DIA.
Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih bersisa.



Berpesan2 sesama umat Islam dan Diri sendiri...

Sekian...
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Saturday, October 22, 2011

Pesanan Untuk Semua Umat Rasullulah S.A.W

Hari:Sabtu
Tarikh:22 Oktober 2011
Masa:19:37 pm

Assalamualaikum w.b.t


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


P/s:Berkongsi dan ingat mengingati serta mengingatkan diri sendiri juga itu adalah lebih baik daripada berdiam tanpa berkata sesuatu yang telah diketahui...

Sekian...
See You Next Entry..
Thank You...^_^