Hari:Khamis
Tarikh:10 Mac 2011
Masa:10.55 Malam
Assalamualaikum w.b.t
Sering kau menggangu ketenteramanku
Sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri.
Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
Dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi kau melampiaskan segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shin-Chan
Letih diriku melayan kerenahmu yang tidak pernah jemu mengusikku
Sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
Kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah.
Sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
Betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
Tanpa aku sedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu.
Bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
Kesunyian membaluti sekeping hati
Aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah kasih sayang dalam sebuah persahabatan.
Benarkah perasaan untuk sahabat? Aku sendiri keliru
Wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?
Kutatap wajahmu di kala dirimu terleka
Rambutmu kulihat kusut masaibagaikan penagih dadah yang tegar
Kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
Kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
Aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata,
aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa
Aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh,
kau tidak ubah seperti penyanyi rock dijalanan
Menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah
Biarlah aku tenggelam ke dasar tanah yang dalam lagi kelam
Mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu.
Namun, kau kini telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
Terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad mengharungi hari tanpamu
Hari-hari yang kulalui terasa asing sekali
Lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.
Setelah kau kutemui, kau telah berubah,
aku bagaikan tidak percaya melihat betapa kacaknya dirimu
Kau menjadi rebutan para jelitawan
Sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
Kau telah menjadi kaya-raya
Kerana rupa, kerana kekayaan, kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagi diriku.
Kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali menghiburkan hatiku.
Ohh...betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu
Pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu..kerana gadis ini amat merinduimu.
4 comments:
siapakah itu??
hahaha!
tk tahu...tteettt!
kekasih gelapku ekk..diam2 sukakan dia..
Biela YUsoff:hehehhee...bgs2...bile nl luahkan?
Post a Comment