CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, December 25, 2011

Ragam Mahasiswa

Tarikh:26 December 2011
Hari:Isnin
Masa:14:58 pm

Assalamualaikum w.b.t

Penaku bergerak laju setelah melihat bermacam2 kejadian berlaku semenjak dua menjak nie...

Wahai sahabat..lupakan lah perjuangan anda, tuntut lah ilmu jika anda mahukan segalanya adil..
Kerana apabila anda telah berjaya anda akan menjadi pemimpin dan dikala itulah anda bersuara...
Sahabat, ILMU itu sangat penting utk masa depan kita bukannye apa yang anda perjuangkan hari nie..
Tidak kah anda memikirkan masa depan anda bagaimana jika anda telah merosakkannya pada hari ini...

Apakah erti kebebasan yang anda mahukan lagi, tidak bebaskah anda pada saat ini menuntut ilmu di IPT masing2??
Persoalannya???Anda bersuara lantang dan sebagainya, bagaimana pula dengan akademik anda??
TIdak malukah anda sebagai pemimpin menunjukkan akademik yang rendah anda kepada rakyat???
Apakah yang anda mahu tunjukkan sebenarnya???

PIKIRKAN...

Apakah yang akan terjadi dalam sesebuah kekeluargaan sekiranya Ibubapa terlalu memberi KEBEBASAN kepada anak2??
Kerosakan aqidah sudah semestinya...Jangan kata jika pandai menilai buruk baik anak2 tersebut akan menjadi baik!anda tipu pada diri sendiri dan masyarakat sebenarnya...
Lihat lah dunia kini apa yang terjadi disebabkan kebebasan yang anak2 mahukan daripada Ibubapa...

Sungguh mudah kan utk kita berpikir??
Makan adaptasikan lah apa yang anda perjuangkan kini dalam dunia pendidikan tersebut..
Pikirlah sedalamnye sebelum anda melakukan sesuatu yang akan menjejaskan masa depan anda...

Sahabat2 ku dengarlah rayuanku!!
Pelajaran itu lebih bermakna dari segalanya..
Janganlah kita membiarkan titisan airmata IBUBAPA kita atas sebab perbuatan kita, tetapi biarkanlah airmata IBUBAPA itu mengalir atas sebab kejayaan kita!

Friday, December 9, 2011

Beware Gadis2 and Wanita2 Diluar Sana

Hari:Jumaat
Tarikh:9 December 2011
Masa: 18:53 pm


Assalamualaikum w.b.t


HARUS BACA !

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam


P/s:Mohon shareye rakan2...sebar2kan...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...

Sunday, October 23, 2011

Cinta Allah Yang Pasti

Hari:Isnin
Tarikh:24 Oktober 2011
Masa:12:18 pm

Assalamualaikum w.b.t


Mulut sentiasa berbicara tentang CINTAKAN ILAHI, namun hati sibuk mencari CINTA PUJAAN HATI.

Suara lantang menegakkan KEBENARAN, namun jiwa ingin merasai NIKMAT percintaan yang tidak ditabalkan.
MUNAJAT mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak BERMUJAHADAH.

Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita.

Kita janji dalam SOLAT yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar CINTA si dia.

Kita impikan SYURGA namun jalan ke NERAKA yang memenuhi langkah kita.

Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya???
Kerana dia, kita pinggirkan DIA.
Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih bersisa.



Berpesan2 sesama umat Islam dan Diri sendiri...

Sekian...
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Saturday, October 22, 2011

Pesanan Untuk Semua Umat Rasullulah S.A.W

Hari:Sabtu
Tarikh:22 Oktober 2011
Masa:19:37 pm

Assalamualaikum w.b.t


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


P/s:Berkongsi dan ingat mengingati serta mengingatkan diri sendiri juga itu adalah lebih baik daripada berdiam tanpa berkata sesuatu yang telah diketahui...

Sekian...
See You Next Entry..
Thank You...^_^

Thursday, October 20, 2011

Lelaki Idaman Wanita

Hari:Jumaat
Tarikh:21 Oktober 2011
Masa:02:11 am

Assalamualaikum w.b.t


Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu.
Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya.
Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam.
Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya.
Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara..


Pesanan untuk wanita-wanita diluar sana..


Sekian...
See You Next Entry..
Thank You..

Tuesday, October 11, 2011

Semoga Cepat Sembuh

Hari:Rabu
Tarikh:12 October 2011
Masa:00:50 am

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini punya entry khas utk sahabatku BADIUZAMAN BAHARU...

Sedang baca2 post rakan2 ucapkan selamat hari lahir pada my bestfwen, satu2 air mata menitik mengingatkan kepadanya...Walaupun beliau hanya lah seorang sahabat, tetapi kesakitan dan kepahitan beliau berjuang utk hidup dapat kurasai..
Bangunlah sahabatku, sedarlah dan sihat lah seperti sediakala sahabatku...

Sahabat cepat lah sembuh dan kembali lah ceria seperti sediakala wahai sahabat...
Derai tawa mu membuat diri ini merindui diri mu wahai sahabat...

To dearest MAZIAH NORDIN be strong dear...InsyaALLAH die akan sihat seperti sediakala...

Ya Allah ko sembuhkan la Badiuzaman Baharu seperti sediakala...ko panjangkanlah umur beliau Ya Allah...

Tak lupa juga ucapan hari lahir dariku utk mu sahabat...
Selamat hari lahir Badiuzaman...semoga cepat sembuh...semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan berjaya dunia akhirat bud...

Sekian Untuk Entry kali ini (setiap yang ditaip menitis air mata mengingati dirinya)
See You Next Entry...
Thanks You...

Sunday, October 9, 2011

Hargailah Sebelum Terlambat

Hari:Isnin

Tarikh:10 October 2011

Masa:01:41 am


Assalamualaikum w.b.t


Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



* Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



Jgn Lupa Click Share Setelah Membaca...


Sekian...

Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^


Alhamdulillah

Hari:Isnin
Tarikh:10 October 2011
Masa:01:14 am

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali nak ucapkan syukur alhamdulillah dpt melihat Kekuasaan Allah pada hari ini...Sangat menakjubkan...Rasa sangat bersyukur diberi peluang melihat keindahan itu...


Keduanya rasa bersyukur juga, setelah 2 thn dalam dunia blog ini...Kini nama blog boleh dicari di Google dengan menaip KEYNAHZALEE...
Rasa sangat bersyukur kerana sebelum ini kalau taip nama tue tk de pun kt google...Tapi skang dh ade...Alhamdulillah.....
Untuk mendapatkan kebenaran...Anda cuba lah ke Google dan taip KEYNAHZALEE...nanti akan keluar Coretan Saya...

Sekian...
Terima Kasih...
See You Next Entry...^_^


Thursday, October 6, 2011

Islam Sekadar Nama

Hari:Khamis
Tarikh:6 Oktober 2011
Masa:17:45 pm

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama

Rakan2 fikir sejenak...adakah kita tergolong dalam golongan yang lari itu atau kita tergolong dalam 20 orang itu...cerita ini bukan fokus pada solat jumaatnya, tetapi isi pentingnya adalah utk menceritakan ISLAM kah kita pada nama dan IMAN???
Fikirkan sejenak kembali selepas baca cerita ini wahai rakan-rakan ku...
NAUZUBILLAH....

Sekian..
Terima Kasih..
See you Next Entry..^_^

Tuesday, October 4, 2011

Never Make Women Cry

Hari:Selasa
Tarikh:4 Oktober 2011
Masa:16:56 pm

Assalamualaikum w.b.t


MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY... :)

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Monday, October 3, 2011

Renungan Bersama

Hari:Isnin
Tarikh:03 October 2011
Masa:17:30 pm

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie just nak berkongsi sesuatu dgn kwn2 semua...renung2 kan la ye...
sama2 kite memperingatkan diri kite semua...

Kita Sentiasa Muda Untuk Melakukan DOsa, Tetapi Kita Tidak Pernah Tua Untuk Bertaubat....

Sekian..
Terima Kasih..
see You Next Entry...^_^

Tuesday, September 27, 2011

Seorang Wanita

Hari:Selasa
Tarikh:27 September 2011
Masa:20:00 pm

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie just nak berkongsi sesuatu ngn korang semua...bacalah ye....


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah:

1.) Dia bekerja denganTuhan...jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi,cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah...Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya...lahir saja bayi,seluruh dosanya habis... Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid...Allah izinkan terus masuk Syurga...Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari...Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi,kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........


Sekian..
Terima Kasih..See You Next Entry...^_^

Sunday, September 25, 2011

TESTING

Hari:Isnin
Masa:11:19 am
Tarikh:26 September 2011

Assalamualaikum w.b.t

Just for fun...nak test otak korang..otak korang ne jenis laki kew perempuan...ade perempuan bersifat feminen..tp otaknya jenis lelaki..ade yang laki taf..tp otaknya jenis perempuan..
mari kita ramai2 buktikan..

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri..

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."


Selamat Mencube..

Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry...^_^

Monday, August 15, 2011

PEROKOK

Hari:Isnin
Tarikh:15 Ogos 2011
Masa:17:49 pm

Assalamualaikum w.b.t


Sinopsis bagaimana meninggalkan tabiat merokok memungkinkan kita mengerjakan ibadat umrah/haji pada setiap 5 tahun.


Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehari

Jumlah tahunan :RM 3650

Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250


maka, orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar.
Renung-renungkan...


Sila Amik Perhatian bagi PEROKOK TEGAR ye...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Wednesday, August 10, 2011

Kuih

Hari:Khamis
Tarikh:11 Ogos 2011
Masa:09:50 am

Assalamualaikum w.b.t

Pagi2 nie duk on9 nie ha..ade la terjumpe satu benda yang menarik..mari la baca dan tengok....Menarik...^_^

Kuih Paling Gangster= Lompat Tikam

Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi

Kuih Paling Keji= Taik Itik

Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek

Kuih Untuk Awet Muda= Seri Muka

Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap

Kuih Penyakit Lelaki Kronik= Batang Buruk

Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang

Kuih Dalam Zoo= Badak Berendam

Kuih Untuk Saman Trafik= Kuih Sampreeeee ttttt

Kuih Bangun Sendiri= Kuih Bangkit

Kuih Org x Mandi= Kuih Bau-lu

Kuih Paling Tenteram= Kuih Makmur

Kuih Paling Lembap= Kuih Siput

Kuih Bunuh Diri = Kuih Gunting


P/S:Selamat Bergelak..tapi ingt gelak skit2 je..nanti puasa batal gelak kuat2....^_^

Sekian...
Terima Kasih...
See YOu Next Entry...^_^