CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, August 15, 2011

PEROKOK

Hari:Isnin
Tarikh:15 Ogos 2011
Masa:17:49 pm

Assalamualaikum w.b.t


Sinopsis bagaimana meninggalkan tabiat merokok memungkinkan kita mengerjakan ibadat umrah/haji pada setiap 5 tahun.


Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehari

Jumlah tahunan :RM 3650

Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250


maka, orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar.
Renung-renungkan...


Sila Amik Perhatian bagi PEROKOK TEGAR ye...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Wednesday, August 10, 2011

Kuih

Hari:Khamis
Tarikh:11 Ogos 2011
Masa:09:50 am

Assalamualaikum w.b.t

Pagi2 nie duk on9 nie ha..ade la terjumpe satu benda yang menarik..mari la baca dan tengok....Menarik...^_^

Kuih Paling Gangster= Lompat Tikam

Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi

Kuih Paling Keji= Taik Itik

Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek

Kuih Untuk Awet Muda= Seri Muka

Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap

Kuih Penyakit Lelaki Kronik= Batang Buruk

Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang

Kuih Dalam Zoo= Badak Berendam

Kuih Untuk Saman Trafik= Kuih Sampreeeee ttttt

Kuih Bangun Sendiri= Kuih Bangkit

Kuih Org x Mandi= Kuih Bau-lu

Kuih Paling Tenteram= Kuih Makmur

Kuih Paling Lembap= Kuih Siput

Kuih Bunuh Diri = Kuih Gunting


P/S:Selamat Bergelak..tapi ingt gelak skit2 je..nanti puasa batal gelak kuat2....^_^

Sekian...
Terima Kasih...
See YOu Next Entry...^_^

Azan

Hari:Rabu
Tarikh:08 Ogos 2011
Masa:15:34 pm

Assalamualaikum w.b.t

Ketika azan dilaungkan..
Komputer kita utamakan..
Nikmat dunia kita pentingkan..
Azab akhirat kita abaikan..

Pikir-pikirkan lah wahai sahabat-sahabatku sekalian...

Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry..^_^

Tuesday, August 9, 2011

Pelajar UTHM

Hari:Rabu
Tarikh:08 Ogos 2011
Masa:08:25 am

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie baru bukak laptop sbb semalam laptop g klinik...Bukak2 de sorang student UTHM nie a.k.a Junior saya tag lagu die kat saya...perrrrhhhh!!sedap la lagu tue, kalau boleh makan manis la rasanye..hehehehe...nie die ade dua lagu ciptaan die sendiri..meh la dgr...satu lagi tue lagu die mainkan balik....Sile Dengar dan bagilah comment..Kalau mana2 ade komposer terdengar kalau best bgtau k...


Ilham Dalam Lagu by Isma (Jebon)


Rayuan Cintaku by Isma (Jebon)


Ashiteru Nyanyian by Isma


Selamat Mendengar..
Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry...^_^

Sunday, August 7, 2011

Hilang

Hari:Ahad
Tarikh:07 Ogos 2011
Masa:23:20 pm

Assalamualaikum w.b.t

When you lose your way To Allah you should turn As He promise He will always be there.

Itu lah janji Allah pada kita...Ingatlah kwn2 sekalian mana hilang pun kita, mana buntu pun kita kembalilah pada yang maha ESA..InsyaALLAH...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry..^_^

Friday, August 5, 2011

PEREMPUAN

Hari:Sabtu
Tarikh:06 Ogos 2011
Masa:11:19 am

Assalamualaikum w.b.t

Bukan niat utk menjatuhkan sapa2, tpi utk memperingatkan kaum2 yang sejenis dengan saya dan mengingatkan diri sendiri jua agar tidak lalai dan lupa....

Kepada gadis2 diluar sana...tolong la jgn carut mencarut just because ur boyfriend kwn ngn girls lain...kwn je kot..bukannya ape..kalau rasa tknk bf korang tue berkwn ngn orang lain simpan elok2 dlm peti kt umah ye...bukan nk suh simpan ke ape...tpi sedih mengenangkan zaman skang, bf kwn ngn gurls je terus nak carut2..daripada korang carut2 yang mendapatkan dosa tue baik la bwk2 beristifar ke, berselawat ke..kan ade jugak faedahnya, tambah2 dlm bulan puasa nie ha, orang buat baik awk buat dosa.
Korang ingt laki suka tgk korang bertindak begitu, silap2 haribulan laki tue tinggalkan korang sbb perangai tk matang korang tue ha...Lelaki tidak suka dikongkong!!ok...

P/S:sedih tgk ade sorang pompuan nie carut kerana perasaan cemburu...herm...byk kan bersabar ye...

Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya

Hari:Sabtu
Tarikh:06 Ogos 2011
Masa:08:48 am

Assalamualaikum w.b.t

Pagi2 Sabtu nie pas tgk Nasi Lemak Kopi O tue tgn nie jalan2 la dalam page Kelab Blogger tue..tibe2 de ternampak la warna meriah2 nie...tgn pun g la klik situ...terbukak la blog Cerita Mamat nie ha...baca punya baca Mamat de wat contest...ape lagi mcm lama je dh tk join contest...tgn dengan pantas mencari gambar yang AWESOME bak kata En Mamat kite nie..nak tau cm ne nak join Contest nie leh la g blog Cerita Mamat...kat situ semua de die ceritakan macam mana nak join...Marilah meriahkan suasana contest nie ye kwn2...Jom!!Selamat Mencuba dan Selamat Menyertainya...^_^



Captain:This picture tells the children have their own world while their parents are busy with other things...^_^


Sekian..
Terima Kasih..
See you NExt Entry...^_^

Thursday, August 4, 2011

HALAL

Hari:Jumaat
Tarikh:05 Ogos 2011
Masa:13:05 pm

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie ada terlihat kt Twitter pasal STARBUCKS halal or not...semalam ada rakan FB saya menyatakan tk halal...hari nie pihak STARBUCKS sendiri menyatakan ianye HALAL!!
Maka untuk kesahihan sendiri kerana makanan yang di makan itu akan menjadi darah daging kita kan, saya pun melayari HALAL MALAYSIA ...dekat sini korang semua boleh tau apa2 jenis makanan dan apa2 company yang korang nak tau HALAL ke tk...kat sini saya sertakan CARA2nye untuk memudahkan rakan2 mencari produk makanan yang rakan2 cari....

  1. Bukak link HALAL MALAYSIA
  2. Lepas tue kat page tue ada 3 main, iaitu PENGGUNA, INDUSTRI, AGEN PENSIJILAN..korang letak cursor korang pada PENGGUNA, then akan keluar Direktori Halal Malaysia, Senarai Hotel, Sijil Terbaru Diluluskan, Senarai Badan Islam yang Diiktiraf dan lain2..
  3. Korang klik yang pertama tue, iaitu DIREKTORI HALAL MALAYSIA.
  4. Lepas klik tue kat page tue nanti ada SENARAI DIREKTORI berwarna kuning. Kat bawah tue ada Syarikat, Produk, Premis Makanan, Menu dan Rumah Sembelihan. Dari situ korang pilih la ape yang korang nak tahu.
  5. Nanti akan keluar CARIAN MAKLUMAT. Ha!!masukkan la maklumat yang korang nak kat situ..dah masukkan maklumat nanti klik Cari...
  6. Akan keluar senarai2 yang korang nak tahu...

SELAMAT MENCUBA...

Sekian...
Terima Kasih...
See You Next ENtry...^_^

Monday, August 1, 2011

Kepalsuan Hadith Kelebihan Tarawih

Hari:Isnin

Tarikh:01 Ogos 2011

Masa:23:16 pm


Assalamualaikum w.b.t

Baru sebentar tadi saya menuliskan Fadhilat Kelebihan Tarawih, saya dpt info daripada sahabat saya menyatakan info itu adalah palsu...maka saya pun membaca info yang diberikan..Saya tidak berani menyatakan ianye Benar atau Salah..tetapi jika sudah dikatakan oleh tokoh-tokoh agama Tanah Air mungkin benar ianya Palsu...Jika kita mahukan kepastian yang lebih mendalam tidak salahnye kita bertanya kan kepada yang lebih berhak menjawabnye..Wallahualam...


Hadith solat tarawih...?

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di

antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

sumber dipetik dari : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


P/s:Sebar2kan lah wahai teman2...


Sekian...Terima Kasih...

See You Next Entry...^_^

Fadhilat Solat Tarawih

Hari:Isnin
Tarikh:01 Ogos 2011
Masa:22:34 pm

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...hari nie merupakan hari pertama kita berpuasa...Alhamdulillah dapat selesaikan puasa pertama....Semoga diberi kesempatan menghabiskan Ramadhan kali ini dengan penuh..AMIN...^_^

Berikut merupakan FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu dan bapanya.
Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.
Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya iaitu Fir'aun dan Hamman.
Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

InsyaALLAH...Sama-sama kita pertingkatkan Ibadat Kita di bulan yang mulia ini...

Sekian...
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^