CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, May 22, 2011

Pemadam Part 1

Hari:Ahad
Tarikh:22 Mei 2011
Masa:1836 pm

Assalamualaikum w.b.t

Pada 19 Mei 2011 tepat jam 8.30 malam kami seramai 21 orang menaiki bus yang disediakan oleh pihak UTHM menuju ke UTM skudai atas Jemputan Konvensyen Kelab Pemadam.

Hari pertama kami berlangsung dengan sesi ceramah berkenaaan dengan DADAH..
Apa itu PEMADAM??Pemadam adalah Persatuan Mencegah DADAH Malaysia yang telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976.Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan Yang Dipertua PEMADAM akan ditentukan oleh beliau.

Itulah serba sedikit tentang Pemadam..
Disini saya sertakan sedikit gambar hari pertama kami berada di UTM sepanjang program berlangsung...


Cenderahati yang kami dapat setiap seorang peserta yang hadir..

Ceramah Pertama kami yang disampaikan oleh DSP Hamazah Ab Razak yang bertajuk Trend Pengedaran Dadah dulu dan sekarang

Antara booth yang dibuka pada konvensyen tersebut..

Jenis2 dadah yang pihak Kastam tunjukkan kepada kami..

Surah Al-Imran

Carilah kamu kebahagiaan akhirat, carilah juga kamu sebahagian kebahagian di dunia, berbuatlah baik kamu sesama kaum sebagaimana aku(ALLAH) melakukan kebaikan kepada kamu dan janganlah engkau rosakkan harta di dunia kerana seksa ALLAH amatlah perit di Akhirat nanti..

Nantikan Part 2 plak yeh..

Sekian ^-^..


Thursday, May 19, 2011

Pemadam

Hari:Jumaat
Tarikh:20 Mei 2011
Masa:0019 am

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum baca tue...meh la vote saya dulu..Klik sini...yang kedua yang nie pulak..Korang pilih la yang mana berkenan di hati....vote hari2 tau..

Hari nie saya pegi UTM Skudai..de program Konvensyen Kelab Pemadam selama tiga hari dua malam...
Tapi disebabkan program start pukul 7 pagi maka kami berangkat malam tadi (19 Mei 2011) dan bermalam di Kolej Tun Hussein Onn di Utm...
Program yang dengar macam menarik, tapi tk tau la mcm ne esok pagi kan..so kalau nak tau best ke tk kite tunggu esok punya entri k...
Herm...ok lah..nak tido dh..
Good Nite all the readers...

Sekian...^-^

Terima kasih...

Akudankepalaaku? Bloglist Special Community of UTHM Blogger

Hari:Khamis
Tarikh:19 Mei 2011
Masa:1738 pm

Assalamualaikum w.b.t


Ramai jugak la blogger UTHM nie kan rupanya..baru saya tau..heheehe...kalau sesape blogger UTHM nak join segmen nie boleh la klik sini...nanti korang akan dpt tau mcm ne nk join segmen nie...

Serba sedikit pasal En Penganjur, korang patut!!patut!! ok...patut baca blog die nie...sangat bnyk benda berfaedah yang korang leh baca kt sana tentang blog...yang mana blogger baru pun kene baca blog die utk tahu ape yang korang tk tau...kire blog beliau nie sangat banyak tutorial yang berfaedah...kalau nak tau lebih lanjut boleh la ke blog AKUDANKEPALAAKU?

Untuk penganjur...sile la banyakkan lagi tutorial kamu...sgt berfaedah..dan TERIMA KASIH atas perkongsian ilmu kamu...

P/s:bukan setakat blogger UTHM sahaja boleh baca blog En Penganjur..yang blogger lain pun boleh baca kerana banyak benda baru korang leh baca kt situ...

Sekian..^-^

Sudi2 lah dtg lagi ye..

ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA

Hari:Khamis
Tarikh:19 Mei 2011
Masa:1710 pm

Assalamualaikum w.b.t


Klik Banner utk ke blog penganjur...

ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA..

Herm...andai yeh...tapi yang sebenarnya saya tk de bf..tapi dh abg ben kata andai..saya pun andai la...bukan tk penah ada bf..penah ade bf dan penah merasa apa yang abg ben kata nie..so, sebab tue la saya join...

Andai kekasih dikebas orang, herm marah tahap gaban kt pompuan tue(kalau dapat cari no tepon pompuan tue marah2 la die...kalau tk dapat cari marah depan member je...heheee)...menangis tersedu2 kat bahu my bestfwen forever, kalau my BFF jauh saya call die suh die dengar saya nangis...Lepas tue makan banyak2...terutama makan coklat..bgtau adik2,citer kt diowng pastu diowng la tukang sampai kt ibu saya..itu jelah yang saya wt andai kekasih hati dikebas orang...walaupun perit utk menerima apa yang dilakukan oleh kekasih ku itu, tapi biar lah sakit seketika dari sakit selama2nye..

Herm bagi saya la..memang la sedih kekasih hati dirampas orang ketiga, tapi mungkin itu bukan jodoh kita dan segalanya ditentukan oleh YANG MAHA ESA, maka dengan hati yang terluka ku relakan pemergiannya bersama si gadis pilihan nya.Mungkin ada yang lebih baik untuk saya yang ALLAH telah tentukan.

Itu saja dari saya...

Sekian..^-^

Wednesday, May 18, 2011

Vote For Me

Hari:Khamis
Tarikh:19 Mei 2011
Masa:0830 am

Assalamualaikum w.b.t

Nak mintak korang semua vote saya..saya de masuk contest DiGi WWWOW Awards...Saya hantar tiga gambar...Tk hantar blog...

Cara2 nak vote mcm nie:-
1. korang tekan DiGi WWWOW Awards..
2. korang cari I Want to Vote Now kat tepi belah kiri page tue..
3. Pastu cari categori Picture Of The Year..Klik Yang saya bulatkan merah tue...


4. korang dh klik seperti diatas, nanti akan kuar page "Picture of The Year". korang pegi kat "submitted by" tue, korang tulis nama Sakinah Razali then tekan button Search..
5. akan keluar 3 gmbr...korang pilih la antara 3 tue...yang mana korang berkenan dan terpahat dihati korang..vote hari2 k...hehehehe..

P/s:kalau yang belum login..sile tekan je button login bawah gmbr tue. then allow kat fb dulu..lepas tue baru la korang semua boleh vote...

Selamat Mengundi...Jasa korang amat la dihargai...Terima Kasih sygku semua...

Sekian...^-^

Monday, May 16, 2011

Single

Hari:Selasa
Tarikh:17 Mei 2011
Masa:1319 pm

Assalamualaikum w.b.t

Korang berstatus SINGLE?? Tiada relationship lagi? Baru menjadi single setelah clash dengan pasangan?? Masih mencari mr/mrs right?? Haaa.... sini nak bagi kelebihan menjadi S.I.N.G.L.E......

1. Jimat duit..Jimat masa...Jimat segala-galanya...

2. Elakkan pergaduhan... Korang sayang kat pasangan korang tapi dengan dialah korang selalu bergaduh (kalau yang xgaduh ngan kapel korang tu masih bahagia lah).. Dengan kawan2,mana korang gaduh pun kan? (kalau selalu gaduh baiklah takpayah kawan) Korang akan gaduh teruk2... Pastu baik balik... Pastu gaduh sampai nak putus la apalah...tak boleh study lah... Kalau anda single, masalah ni pasti tidak akan berlaku..

3. Free as you can be. Nak keluar ngan sapa.. Balik lewat pun tak ada yang akan marah (mak dan ayah confirm marah lah)... Makan ngan sapa.. Berdua, bertiga, berlapan ngan sapa pun tak kesah.. Dan takda yang akan sms atau call tanya kat mana lah, tengah buat apa lah..Kalau kapel memang la serabut kalau yang setiap masa asyik tanya jer buat ape n katne.. Kalah laki bini. Plese lah.. pasangan korang bukan hak milik okeh. Kalau single memang free sefree-free nya lah!

4. Kalau nak letak add friend ngan perempuan/lelaki lain pun tak ada sapa akan marah! Yelah, dah takde pasangan kan.. Jadi tengok lelaki/perempuan ni macam menarik ja jadi add lah dia.. Tidak ada yang akan marah pun.. Lagi satu, facebook korang pun xada yang akan ceroboh.. Haa..trend sekarang masing2 pegang password pasangan.. Jadi kalau single anda sorang je tahu password anda... Takde orang akan tengok kecuali anda sendiri dok pi bagi password kat orang lain..

5. Tiada yang akan berasa jeles atau iri hati... Kadang2 bila ada couple nih, kawan ditinggalkan.. Dah nampak muka bf/gf je..(ada yang camni). Pastu bila da kecewa kawan gak yang dicari. Kacang lupakan kulit tol. Jadi kalau kita single, memang tak adalah yang ada PHD, jeles atau perasaan yang seumpamanya..

6. Tak ada masalah kerinduaaann/keangaauuaann dan sebagainya.. Haha.. Biasalah kalau dah nama couple,mesti ada perasaan rindu tuh pada si dia... Tapi kalau anda single, RINDU Kampung Halaman jer sudah...hehehe

7. Tidak akan menipu mak dan ayah ( ni kalau mak dan ayah yang tak approve anak dia bercouple)...Yang jenis camnih juga akan melakukan apa sahaja untuk berjumpa pasangan dia sampai tipu mak dan ayah...Jadi kalau single, tak adalah buat dosa kat mak dan ayah...

8. Fokus pada pelajaran... Memang ada kata "Aku ada pakwe/makwe pun boleh skor" atau "Percintaan tak mengganggu pelajaran" okay itu memang baguslah.. Tapi katakan lah korang bergaduh besar dan BESOKnya ni nak jawab final exam... kalau boley tumpu baguslah,tapi rasaaaanyaaa ramai yang tak boleh... am i right??

9. Memberi peluang kepada yang ingin memikat anda... Orang kata Test Market...Korang tahu ke kalau ada yang suka korang dan nak jadikan korang gf/bf? Kalau korang ada bf/gf mana korang nak tahu.. Berani plak dia nak bagitahu kalau korang dah ada relationship ngan orang lain? Kalau anda single, banyak yang nak isi borang....hehehe

10. Korang akan berasa happy sentiasa kerana tiada masalah daripada pasangan anda atau memberi masalah kepada pasangan anda.

P/s: Kalau korang single, janganlah terburu-buru nak cari pasangan.. Enjoy dulu life as a single girl/boy...Pilih yang betul2 boleh dibuat pasangan..Cinta selepas nikah lebih baik.. Dan kepada single ladies/man out there, BE PROUD Of BEING SINGLE....


Maaf

Hari:Selasa
Tarikh:17 Mei 2011
Masa:0021 am

Assalamualaikum w.b.t

Firstly saya nak mintak maaf sgt2 sebab lama tk update blog..
Saya bz ngn final exam dan projek utk tahun 3 semester 2..
Saya harap semua paham sbb ada diantara kite semua student kan...so paham macam mana keadaan student..
Bukan dengan tue je...Lappy wt hal plak..merajuk la tue..hehehe...
Nie pun pinjam lappy adik...
Apa pun lepas nie InsyaALLAH leh berblog semula...hehehe...

Sekian...^-^