CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, July 30, 2011

Gempa Bumi

Hari:Ahad
Tarikh:31 Julai 2011
Masa:01:14 am

Assalamualaikum w.b.t

Sudah kah anda semua bersedia utk menyambut kedatangan RAMADHAN tidak lama lagi...Hanya beberapa jam sehaja dari sekarang..Ramadhan akan tiba dan Syabaan Bakal melabuhkan tirainya...Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..Marilah kita memperbanyakkan Amal Ibadah pada Ramadhan kali ini.(InsyaALLAH)..

Berbalik pada tajuk kita...seperti di bawah..


Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Universiti

Hari:Sabtu
Tarikh:30 Julai 2011
Masa:22:31 pm

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian !!!!
kemasukan baru ke universiti..

Sempena Syabaan bakal melabuhkan tirainya dan Ramadhan bakal Menjelma, marilah kita SELURUH Umat Islam di muka Bumi Allah ini masuk ke Universiti yang telah ditawarkan..Mari2 untuk mengetahui lebih lanjut di bawah ini disertakan Butirannya....


Tarikh : 1 Ogos 2011 (1 Ramadhan 1432)

Nama Universiti : Universiti Ramadhan

Course wajib : Berpuasa

Course special : Terawih

Course tambahan : Membaca Al-Quran , Berzikir, Solat Sunat, Bersedekah dan lain-lain

Kelulusan : Ijazah Takwa

Konvo : 30 Ogos 2011 (1 Syawal 1432)..InsyaAllah

*Extra...
Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Master..
Course : puasa 6...Jom Sertai..Ayuh Rakan2...

P/s:Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...Semoga kita mendapat keberkatan DariNYA...Amin...InsyaALLAH...

Sekian Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Wednesday, July 27, 2011

85,000 Tiket MALAYSIA vs SINGAPURA Abis!!!

Hari:Rabu
Tarikh:27 Julai 2011
Masa:22:32 pm

Assalamualaikum w.b.t

PUTRAJAYA, 27 Julai – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.



Pesanan kepada sesiapa yang tk dpt tiket tue..meh la kite mengimarahkan televisyen di ruang tamu rumah kita bersama dengan keluarga...lagi bagus kan..dpt kita eratkan lagi hubungan kekeluargaan kite...

Mood:Sedih jugak tk dpt tgk live...=('..berharap sesiapa yang de tiket free bg la tau..nak!!!!

Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry...^_^

Akal dan Hati Berbicara

Hari:Rabu
Tarikh:27 Julai 2011
Masa:22:06 pm

Assalamualaikum w.b.t

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


Sekian..
Terima Kasih..

See you Next Entry....^_^

Renung-Renungkan sehingga Termenung

Hari:Rabu
Tarikh:27 Julai 2011
Masa:16:08 pm

Assalamualaikum w.b.t..

Hari nie nak berkongsi sesuatu ngn korang semua...


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Sekian...
Terima Kasih..
See You Next Entry...^_^

Sunday, July 24, 2011

TAHNIAH

Hari:Ahad
Tarikh:24 Julai 2011
Masa:23:43 pm

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kesibukkan kite tgk perlawanan bola sepak antara SINGAPORE vs MALAYSIA semalam, kite peroleh kejohanan dalam TILAWAH AL-QURAN bagi kedua-dua kategori...Alhamdulillah...Dalam kesesakan dada melihat peelawanan bola sepak, terubat hati dengan kemenangan Tilawah tue...

Tak lupe juga Tahniah buat skuad SEPAK TAKRAW Malaysia, walaupun peroleh tempat kedua..namun saya sebagai Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian tersebut...Cuma usaha kite perlu pertingkatkan..begitu juga dengan Bola Sepak Malaysia...Semoga kite boleh melangkah lebih jauh dalam Arena Sukan Negara selain Badminton, Skuasy dan Basikal...

P/s:Walaupun entry terlambat...tpi tetap nak naikkan jugak..jangan lupe Tgk perlawanan SINGAPORA vs MALAYSIA Khamis nie di pusingan ke dua...Sokonglah HARIMAU MALAYA Kite...

Sekian..
Terima Kasih...
Se You Next Entry...^_^

Thursday, July 21, 2011

Sijundai

Hari:Jumaat
Tarikh:22 Julai 2011
Masa:00:53 am

Assalamualaikum w.b.t

Ha!!sape tgk citer SIJUNDAI setiap ptg kul 4 dari Isnin-Khamis...Best kan citer die...tadi petang adalah episode terakhir...Sangat sedih ending die kan...Tapi nak wt cm ne...dh mmg jalan citer mcm tue..so..terima jela..Korang tgk2 citer tue tau tak pe makna SiJundai tue???Tak tau??meh nak bagitau..yang dh tau baguslah...banyakkan lagi membaca k..membaca is the Best Part in Live...
Menurut kamus Dewan:
  • Jundai atau SiJundai bermaksud Ilmu Sihir yang dapat menggilakan orang (orang yang kene sihir itu akan bernyanyi-nyanyi).
  • Bersijundai pula bermaksud bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri.
Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry..^_^