CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, July 20, 2011

Mengekalkan Perhubungan

Hari:Rabu
Tarikh:20 Julai 2011
Masa:16:32 pm

Assalamualaikum w.b.t

1. Berani Berubah
  • Kamu dan pasangan mempunyai keperibadian yang berbeza. Oleh sebab itu kamu berdua sukar memahami sifat dan tabiat masing-masing walaupun sudah lama bersama. Jalan terbaik ialah kamu mahukan pasangan kamu memahami serta mengikut cara kamu, apa kata kamu pun berubah mengikut cara pasangan kamu pula. Ini bukan sahaja memberi kesan positif di mata pasangan kamu malah si dia akan menghormati minat dan keinginan kamu tanpa perkara yang lepas.
2. Jadikan Boyfriend kamu adalah Bestfriend
  • Sesuatu perhubungan akan lebih bertahan apabila kamu melayan pasangan kamu sama seperti kamu melayan sahabat kamu. Ini kerana dalam sesuatu persahabatan kamu lebih mudah memahami dan memberikan sokongan saat kamu diperlukan oleh sahabat-sahabat kamu. Sesebuah perhubungan kadangkala membuat kamu menjadi lebih emosi ketika menghadapi masalah. Oleh itu andai kamu melayan si dia seperti sahabat hubungan akn jadi lebih santai dan fun.
3. Memahami Gaya Cintanya
  • Untuk pengetahuan kamu, masa silam mempengaruhi sesebuah perhubungan. Contohnya si dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, maka si dia akan menjadi terlalu manja dan 24 jam memerlukan perhatian kamu. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini cuba kamu senaraikan perkara yang orang tua kamu lakukan yang kamu tidak suka. Ajak si dia buat perkara yang sama sekali dengan itu kamu dan pasangan akan lebih memahami dan merasakan ikatan yang lebih rapat.
4. Berpikiran Positif
  • Sentiasa berpikiran positif adalah kunci sesebuah perhubungan itu bahagia, namun yang sering menjadi masalah ialah diawal perhubungan sahaja kamu akan berpikiran positif. Lama kelamaan kamu akan berubah sikap. Awas!!sikap negatif tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan membuatkan si dia bosan dengan sikap kamu. Maka dengan itu sentiasalah berpikiran positif dalam perhubungan kamu dan si dia. Mungkin sukar bagi kamu tetapi selalu ingat si dia adalah pasangan manis yang kamu pernah temui kerana sering berkongsi segalanya bersama.
5. Menulis Surat
  • Sesebuah perhubungan gagal kerana kurangnya komunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang amat penting bagi kelancaran sesebuah perhubungan. Dengan komunikasi yang baik, masing-masing akan dapat menyelami harapan dan keinginan masing-masing. Jadi kualiti komunikasi sangat perlu dipertingkatkan. Dalam buku Joh Gray berjudul Men Are From Mars, Women Are From Venus mengatakan bahawa penggunaan surat untuk mencurahkan isi hati ternyata cukup berkesan bagi meningkatkan sesebuah perhubungan. Malah lebih berkesan dibandingkan dengan mengungkap secara langsung. Kenapa?? Ini kerana melalui tulisan kamu mampu menceritakan apa sahaja dengan cara yang lebih indah.Si dia juga akan mudah memahami dan menerima isi hati kamu dengan lebih terbuka.
Sekian..
P/S:Terima Kasih Kerana Sudi melawat blog saya..

Jumpa lagi di Next Entry..^_^

No comments: