CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, July 21, 2011

Sijundai

Hari:Jumaat
Tarikh:22 Julai 2011
Masa:00:53 am

Assalamualaikum w.b.t

Ha!!sape tgk citer SIJUNDAI setiap ptg kul 4 dari Isnin-Khamis...Best kan citer die...tadi petang adalah episode terakhir...Sangat sedih ending die kan...Tapi nak wt cm ne...dh mmg jalan citer mcm tue..so..terima jela..Korang tgk2 citer tue tau tak pe makna SiJundai tue???Tak tau??meh nak bagitau..yang dh tau baguslah...banyakkan lagi membaca k..membaca is the Best Part in Live...
Menurut kamus Dewan:
  • Jundai atau SiJundai bermaksud Ilmu Sihir yang dapat menggilakan orang (orang yang kene sihir itu akan bernyanyi-nyanyi).
  • Bersijundai pula bermaksud bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri.
Sekian..
Terima Kasih..
See You Next Entry..^_^

Wednesday, July 20, 2011

Risik-Risik

Hari:Khamis
Tarikh:21 Julai 2011
Masa:08:45 am

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..Chat tk hari nie??Saya alhamdulillah hari nie sihat sepenuhnye setelah berjumpe Puan Doctor tempoh hari...Terima kasih Doctor kerana merawat saya..hehehe

Ok2..berbalik pada tajuk Risik2, melalui pengalaman..ade banyak situasi yang membawa maksud sama...Antaranya:

1. Rasa2 hantaran ko bape???

2. Bape Market sekarang???

3. Awk...awk nak mintak bape hantaran awk nanti??

Huhuhu....jawapan korang??
Adakah apabila soalan2 begini ditanya itu adalah petanda???ha!!!Bile agaknye ye??kah3...
Nmpak sgt tk sabar kan...kah3..

Herm..skang nie peggi la mana2 kenduri kawin..soalan yang dituju..Ko bile lagi??Busan la nak jawab soalan nie...tpi simpan gak jawapan...nie lah jawapan bile orang tanya...korang nak gune pun boleh..amik je jawapan nie..copy paste..kah3...Haish!!lmbt lagi la..menunggu Prince Charming dtg melamar...Hahaha...

Ok..abis dh merepek2...lalaalalalala....

Sekian..
Terima Kasih...
See you Next Entry...^_^

Mengekalkan Perhubungan

Hari:Rabu
Tarikh:20 Julai 2011
Masa:16:32 pm

Assalamualaikum w.b.t

1. Berani Berubah
  • Kamu dan pasangan mempunyai keperibadian yang berbeza. Oleh sebab itu kamu berdua sukar memahami sifat dan tabiat masing-masing walaupun sudah lama bersama. Jalan terbaik ialah kamu mahukan pasangan kamu memahami serta mengikut cara kamu, apa kata kamu pun berubah mengikut cara pasangan kamu pula. Ini bukan sahaja memberi kesan positif di mata pasangan kamu malah si dia akan menghormati minat dan keinginan kamu tanpa perkara yang lepas.
2. Jadikan Boyfriend kamu adalah Bestfriend
  • Sesuatu perhubungan akan lebih bertahan apabila kamu melayan pasangan kamu sama seperti kamu melayan sahabat kamu. Ini kerana dalam sesuatu persahabatan kamu lebih mudah memahami dan memberikan sokongan saat kamu diperlukan oleh sahabat-sahabat kamu. Sesebuah perhubungan kadangkala membuat kamu menjadi lebih emosi ketika menghadapi masalah. Oleh itu andai kamu melayan si dia seperti sahabat hubungan akn jadi lebih santai dan fun.
3. Memahami Gaya Cintanya
  • Untuk pengetahuan kamu, masa silam mempengaruhi sesebuah perhubungan. Contohnya si dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, maka si dia akan menjadi terlalu manja dan 24 jam memerlukan perhatian kamu. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini cuba kamu senaraikan perkara yang orang tua kamu lakukan yang kamu tidak suka. Ajak si dia buat perkara yang sama sekali dengan itu kamu dan pasangan akan lebih memahami dan merasakan ikatan yang lebih rapat.
4. Berpikiran Positif
  • Sentiasa berpikiran positif adalah kunci sesebuah perhubungan itu bahagia, namun yang sering menjadi masalah ialah diawal perhubungan sahaja kamu akan berpikiran positif. Lama kelamaan kamu akan berubah sikap. Awas!!sikap negatif tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan membuatkan si dia bosan dengan sikap kamu. Maka dengan itu sentiasalah berpikiran positif dalam perhubungan kamu dan si dia. Mungkin sukar bagi kamu tetapi selalu ingat si dia adalah pasangan manis yang kamu pernah temui kerana sering berkongsi segalanya bersama.
5. Menulis Surat
  • Sesebuah perhubungan gagal kerana kurangnya komunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang amat penting bagi kelancaran sesebuah perhubungan. Dengan komunikasi yang baik, masing-masing akan dapat menyelami harapan dan keinginan masing-masing. Jadi kualiti komunikasi sangat perlu dipertingkatkan. Dalam buku Joh Gray berjudul Men Are From Mars, Women Are From Venus mengatakan bahawa penggunaan surat untuk mencurahkan isi hati ternyata cukup berkesan bagi meningkatkan sesebuah perhubungan. Malah lebih berkesan dibandingkan dengan mengungkap secara langsung. Kenapa?? Ini kerana melalui tulisan kamu mampu menceritakan apa sahaja dengan cara yang lebih indah.Si dia juga akan mudah memahami dan menerima isi hati kamu dengan lebih terbuka.
Sekian..
P/S:Terima Kasih Kerana Sudi melawat blog saya..

Jumpa lagi di Next Entry..^_^

Monday, July 18, 2011

Memohon Maaf

Hari:Isnin
Tarikh:18 Julai 2011
Masa:23:32 pm

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin memohon mmaf kerana biar blog lama tk update, ini kerana saya mengalami masalah kesihatan...dan mungkin saya akan menyambung update dalam 2,3 hari lagi...
maaf sekali lagi....

Thanks..^_^
See You Next Entry...

Tuesday, July 12, 2011

Kenapa Lelaki Mudah Busan?

Hari:Selasa
Tarikh:12 Julai 2011
Masa:22:52 pm

Assalamualaikum w.b.t

Herm...tgk tajuk hari nie mesti membuatkan jejaka2 di luar sana tersenyum...sbb ada entry pasal nie...Kepada gadis2 sila ambil perhatian dengan benda nie ok...supaya pasangan korang tk busan..

Nie sebab2nye..

1. Meminta-minta
  • Sifat wanita yang suka meminta-minta membuatkan jejaka menjadi rimas dengan tingkah laku si gadis. Sifat lelaki yang sememangnya tidak suka meminta malah lebih senang membiarkan sahaja sesuatu perkara terjadi dari melayan kerenah si dia. Malah untuk mengeratkan hubungan kamu berdua cuba bagi reaksi agar si dia lebih memahami. Dalam situasi ini bahasa tubuh memainkan peranan penting.
2. Tidak ada aktiviti seronok
  • Lelaki gemarkan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. Si jejaka lebih gemar sekiranya si dia juga memahami dan bersama memberikan semangat untuknye melakukan aktiviti yang diminati. Tetapi tidak ramai gadis di luar sana yang memahami kegemaran teman lelakinya terhadap aktiviti yang diminati. Sebab itu lah si jejaka mudah busan dengan gadis yang bersikap begini, si jejaka juga busan dengan gadis yang suka membebel, tidak memberikan sokongan atau mengomel atau langsung tidak merestui melakukan aktiviti yang digemarinya.
3. Tidak ada sifat ingin berubah
  • Sudah menjadi sejarah peradaban bahawa lelaki diangkat sebagai khalifah atau pun pemimpin di muka bumi nie. Walau bagaimana pun, seorang lelaki tidak patut bersifat terlalu dominan atau pun diktator, sebaiknye sama2 bertoleransi dengan si gadis dalam kelancaran perhubungan. Walaubagaimanapun, wahai si gadis, tidak semua perkara tentang dirimu yang patut diubah dan perlu setiap masa mengikut telunjuk si dia. Pastikan ia relevan dan tidak bertentangan dengan peradaban manusia. Namun jika kebaikan bersama, tidak salah untuk berubah.
4. Berulang-ulang
  • Melakukan perkara yang berulang-ulang kali sememangnye membuatkan si jejaka bosan dengan kekasih hatinya. Begitu juga dengan memberikan hadiah yang sama. Kadangkala si gadis tidak tahu perbuatannya tidak disukai oleh si jejaka. Si lelaki suka kan kejutan atau misteri. Jadi kepada golongan si gadis lebih kreatif dalam memberikan keseronokkan kepada kekasih hati.
5. Bersikap dingin
  • Sifat yang sentiasa dingin merupakan perkara yang paling menjengkelkan lelaki. Kadang si gadis melepaskan kemarahan dengan menunjukkan sifat dingin tidak menentu kepada teman lelakinya. Kepada si gadis, jangan teruskan sifat begini malah cuba untuk meredakan keadaan yang mana dirimu sendiri perlu menjadi air dalam meredakan bara api.
P/S: jika anda merasakan ada sifat anda seperti yang diatas, berubah utk perhubungan kamu jika kamu sayang akan perhubungan yang kamu bina bersama si dia...^_^

Sekian..
Thank visit my blog...
See you next entry...^_^

Monday, July 11, 2011

Daun Senduduk Hilangkan Parut

Hari:Isnin
Tarikh:11 Julai 2011
Masa:22:56pm

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie tetibe nak kongsi petua ngn korang semua...
Sape yang ada parut chicken pox or parut jerawat, boleh la cube petua nie...
Petuanye begini:
  • Ambil beberapa helai daun senduduk dan tumbuk sehingga keluar airnya
  • Ambil air perahan tersebut dan sapukan pada tempat yang berparut.
  • Amalkan lah selalu...InsyaALLAH parut akan hilang....

Sekian...

Tq come and visit my blog..
See You Next Entry....^_^

Sunday, July 10, 2011

Gadis Bijak "Ditakuti" Lelaki??Benarkah??

Hari:Ahad
Tarikh:10 Julai 2011
Masa:23:50 pm

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..setelah sekian lama membiarkan blog nie bersawang, saya kembali membuang sawang tersebut...hehehe...Maaf, agak lama tk menulis atas kekangan yang tidak dpt dielakkan...alhamdulillah skang tengah cuti semester, InsyaALLAH saya tidak akan membiarkan blog nie bersawang kembali...

Ok!bercerita tentang tajuk Gadis Bijak "Ditakuti" Lelaki??..herm...saya pun cuak nk berkata tentang nie...Tapi menurut pengalaman, ada betulnye benda nie..Tak percaya leh la wt survey...tk yh jauh2...wt dekat2 je...dgn kenalan korang je...mesti ramai yang ckp betul...huhuhu..

Kenapa??ini kerana pencapaian remaja lelaki agak ketinggalan dibandingkan dengan remaja perempuan. Banyak bukti yang menunjukkan remaja perempuan lebih menonjol terutama dalam bidang pelajaran atau pencapaian akademik. Ini kerana bilangan pelajar perempuan layak masuk Universiti lebih tinggi berbanding dengan remaja lelaki.

Ada pendapat menyatakan isu ini tidak perlu dibimbangkan, ini kerana kematangan remaja lelaki adalah lambat, dan mereka kemudiannya akan menerajui semula medan kehidupan dalam masyarakat apabila mereka telah mencapai tahap kematangan mereka.

Ada yang berpendapat Gadis yang bijak dan cemerlang dalam akademik sukar didekati dan 'ditakuti' rakan sebaya lelaki. Ini lebih ketara jika kita lihat di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka berada di kelas tersendiri atau kelompok tersendiri. Ini kerana lelaki berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan untuk berkawan, apatah lagi jika membabitkan perasaan..

Sejauh mana kebenaran senario ini???Sile beri pendapat anda...=)

P/s: Entri ini ditulis bukan utk mengguriskan hati mana2 pihak..cuma mahu pendapat dari rakan tentang senario ini..."Peace"

Sekian...
See you Next Entry...^_^