CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, July 27, 2011

85,000 Tiket MALAYSIA vs SINGAPURA Abis!!!

Hari:Rabu
Tarikh:27 Julai 2011
Masa:22:32 pm

Assalamualaikum w.b.t

PUTRAJAYA, 27 Julai – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.



Pesanan kepada sesiapa yang tk dpt tiket tue..meh la kite mengimarahkan televisyen di ruang tamu rumah kita bersama dengan keluarga...lagi bagus kan..dpt kita eratkan lagi hubungan kekeluargaan kite...

Mood:Sedih jugak tk dpt tgk live...=('..berharap sesiapa yang de tiket free bg la tau..nak!!!!

Sekian..
Terima Kasih...
See You Next Entry...^_^

3 comments:

RIMA DANIA said...

sedih lah tgk lambat benor nak golnya..huuuuu

keynah said...

Hahahahaha....

alepridz said...

aku salah sorang mangsa tak dapat tiket... huhu