CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, July 12, 2011

Kenapa Lelaki Mudah Busan?

Hari:Selasa
Tarikh:12 Julai 2011
Masa:22:52 pm

Assalamualaikum w.b.t

Herm...tgk tajuk hari nie mesti membuatkan jejaka2 di luar sana tersenyum...sbb ada entry pasal nie...Kepada gadis2 sila ambil perhatian dengan benda nie ok...supaya pasangan korang tk busan..

Nie sebab2nye..

1. Meminta-minta
  • Sifat wanita yang suka meminta-minta membuatkan jejaka menjadi rimas dengan tingkah laku si gadis. Sifat lelaki yang sememangnya tidak suka meminta malah lebih senang membiarkan sahaja sesuatu perkara terjadi dari melayan kerenah si dia. Malah untuk mengeratkan hubungan kamu berdua cuba bagi reaksi agar si dia lebih memahami. Dalam situasi ini bahasa tubuh memainkan peranan penting.
2. Tidak ada aktiviti seronok
  • Lelaki gemarkan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. Si jejaka lebih gemar sekiranya si dia juga memahami dan bersama memberikan semangat untuknye melakukan aktiviti yang diminati. Tetapi tidak ramai gadis di luar sana yang memahami kegemaran teman lelakinya terhadap aktiviti yang diminati. Sebab itu lah si jejaka mudah busan dengan gadis yang bersikap begini, si jejaka juga busan dengan gadis yang suka membebel, tidak memberikan sokongan atau mengomel atau langsung tidak merestui melakukan aktiviti yang digemarinya.
3. Tidak ada sifat ingin berubah
  • Sudah menjadi sejarah peradaban bahawa lelaki diangkat sebagai khalifah atau pun pemimpin di muka bumi nie. Walau bagaimana pun, seorang lelaki tidak patut bersifat terlalu dominan atau pun diktator, sebaiknye sama2 bertoleransi dengan si gadis dalam kelancaran perhubungan. Walaubagaimanapun, wahai si gadis, tidak semua perkara tentang dirimu yang patut diubah dan perlu setiap masa mengikut telunjuk si dia. Pastikan ia relevan dan tidak bertentangan dengan peradaban manusia. Namun jika kebaikan bersama, tidak salah untuk berubah.
4. Berulang-ulang
  • Melakukan perkara yang berulang-ulang kali sememangnye membuatkan si jejaka bosan dengan kekasih hatinya. Begitu juga dengan memberikan hadiah yang sama. Kadangkala si gadis tidak tahu perbuatannya tidak disukai oleh si jejaka. Si lelaki suka kan kejutan atau misteri. Jadi kepada golongan si gadis lebih kreatif dalam memberikan keseronokkan kepada kekasih hati.
5. Bersikap dingin
  • Sifat yang sentiasa dingin merupakan perkara yang paling menjengkelkan lelaki. Kadang si gadis melepaskan kemarahan dengan menunjukkan sifat dingin tidak menentu kepada teman lelakinya. Kepada si gadis, jangan teruskan sifat begini malah cuba untuk meredakan keadaan yang mana dirimu sendiri perlu menjadi air dalam meredakan bara api.
P/S: jika anda merasakan ada sifat anda seperti yang diatas, berubah utk perhubungan kamu jika kamu sayang akan perhubungan yang kamu bina bersama si dia...^_^

Sekian..
Thank visit my blog...
See you next entry...^_^

5 comments:

RIMA DANIA said...

kalau lelaki tu dah anggap seorang pempuan sebagai cinta sejati malah setuju menjadikan isteri.. hehe dia tak kan pernah bosan=)

MrSyafiq said...

tapi kalau , pmpuan tu bebetol sygkan laki tu, die xkan biarkan laki tu busann

keynah said...

Rima:yup..rite...pucuk pangkal hati...nie cume langkah berjaga2...^_^

Syafiq:YES!!really setuju ngn kamu...^_^

salemaziz said...

kalo laki tu yang buat keje. pompuan tu kurang membantu, mcmane pulak?

keynah said...

Salemaziz:means???kurang paham..